Gerakan pilih pemimpin wanita tanding di Tg Piai

Gerakan pilih pemimpin wanita tanding di Tg Piai

Gerakan mengumumkan Timbalan Setiausaha Agungnya, Wendy Subramaniam sebagai calonnya di PRK Parlimen Tanjung Piai.

Dominic Lau (tiga dari kiri) menyerahkan watikah pencalonan kepada Wendy Subramaniam sambil disaksikan bekas presiden, Mah Siew Keong (tengah). (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Gerakan hari ini mengumumkan Timbalan Setiausaha Agungnya, Wendy Subramaniam dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada bulan depan.

Presidennya, Dominic Lau Hoe Chai dipetik Bernama berkata, Gerakan akan menggunakan logo sendiri pada PRK itu dan penyertaan parti itu bertujuan memberi pilihan alternatif kepada pengundi.

Katanya, Wendy ialah anak kelahiran Johor berusia 38 tahun.

“Saya melihat PRK ini sebagai peluang saya untuk membuktikan wanita mampu menjadi pemimpin masyarakat yang baik,” kata Wendy dalam sidang media di Menara PGRM di Kuala Lumpur, hari ini.

PRK Tanjung Piai akan diadakan pada 16 Nov ini dan penamaan calon pada 2 Nov ini susulan kematian penyandangnya, Md Farid Md Rafik yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lalu akibat komplikasi jantung.

Farid yang juga naib ketua PPBM Tanjung Piai, memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan majoriti 524 undi, selepas menewaskan Wee Jeck Seng (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS).

BERITA LANJUT MENYUSUL

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.