Rakyat Dubai sememangnya diketahui suka bercuti ke luar negara dan Malaysia salah satu destinasi pilihan mereka kerana mudah mendapatkan makanan halal selain banyak tempat tarikan pelancongan.

Melihat akan trend dan kecenderungan ini, kerajaan Dubai mengambil keputusan untuk mencipta tempat percutian negara lain di beberapa buah pulau yang terdapat di sekitar Dubai.
Pulau-pulau ini digelar sebagai “The Heart of Europe!”

Dan yang terbaru, pihak Dubai dikatakan akan menambah satu lagi pulau yang dipanggil “Floating Venice” yang berpandukan kepada Bandar Venice di Itali.
Seperti mana yang anda tengok di Venice, macam itu jugalah mereka akan bina Floating Venice ini siap dengan Gondola Rides!

Memang tempat ini akan jadi lokasi pelancongan terapung 5 bintang pertama di dunia.
Di “Floating Venice” ini akan ada resort yang dibahagikan kepada empat deck dan salah satunya akan berada dibawah laut.
Lobinya pula akan dibina dibawah laut bersama-sama dengan 180 bilik tidur dan 3 restoran mewah yang mana anda boleh nikmati makanan sambil melihat hidupan laut yang berenang atas kepala anda.

Pihak Dubai juga menyatakan selepas pulau “Floating Venice” ini siap nanti, mereka berharap untuk mengadakan pesta “City Carnivale”, “Binnale” dan juga “Festa del Rendentore” seperti mana yang diadakan di Itali bagi membuatkan pulau ini mempunyai suasana seperti betul-betul berada di Venice, Itali.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]