
TV Kerajaan memetik komander operasi Baghdad berkata perintah berkurung akan berkuat kuasa “sehingga notis lanjut” dikeluarkan.
Hari ini pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata ke arah pelajar sekolah dan universiti yang tidak mempedulikan amaran Perdana Menteri Adel Abdul Mahdi supaya tidak menyertai protes.
Jurucakap Adel, yang kedudukannya semakin tidak menentu kerana berhadapan dengan cabaran terbesar sejak menerajui Iraq setahun lalu, berkata semalam sesiapa yang mengganggu kerja atau hari bersekolah akan dihukum.
Protes jalanan besar-besaran di Baghdad dan bandar-bandar lain di kawasan majoriti Syiah di selatan menentang kesengsaraan ekonomi bermula awal bulan ini dan diteruskan sejak Jumaat selepas reda kira-kira dua minggu.
Beribu-ribu penunjuk perasaan Iraq berkumpul di tengah Tahrir Square di sini semalam, menentang tindakan keras yang telah membunuh lebih 60 orang dalam dua hari sejak Jumaat lalu, dan serangan semalaman oleh pasukan keselamatan yang cuba menyuraikan protes.