39 mayat dalam trak di UK: PM Vietnam arah tindakan tegas

39 mayat dalam trak di UK: PM Vietnam arah tindakan tegas

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc juga mengarahkan pihak polis melancarkan siasatan berkenaan aktiviti penyeludupan manusia yang didakwa ada kaitan dengan tragedi itu.

Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc mengarahakan siasatan mendalam. (Gambar Bloomberg)
HANOI:
Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc mengarahkan pihak berkuasa tempatan menentukan sama ada warga negara itu adalah antara 39 orang yang ditemui mati dalam kontena trak berhampiran London pada 23 Okt lalu.

Phuc juga mengarahkan pihak polis melancarkan siasatan berkenaan aktiviti penyeludupan manusia yang didakwa ada kaitan dengan tragedi itu.

Polis British berkata sekurang-kurangnya beberapa mangsa mungkin datang dari negara Asia Tenggara.

“Sebarang pelanggaran akan ditangani dengan tegas,” kata Phuc dalam kenyataan yang disiarkan di laman web kerajaan.

Phuc berkata beliau mahukan laporan mengenai kes itu daripada pihak berkuasa sebelum 5 Nov.

Kementerian Luar Vietnam berkata ia telah mengarahkan kedutaannya di London membantu polis British dengan mengenal pasti mangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.