
Beliau dilaporkan membunuh diri dengan jaket pengebom berani mati sewaktu pasukan operasi khas Amerika Syarikat menyerang, kata media memetik beberapa sumber kerajaan.
Ketua itu adalah sasaran operasi yang dirancang secara rahsia dan diluluskan oleh Presiden Donald Trump, kata pegawai.
Menurut laporan media, kajian biometrik sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti mereka yang terbunuh dalam serbuan itu.
Sementara itu, White House mengumumkan Trump akan membuat “kenyataan penting” pada jam 9 pagi hari ini, tanpa memberikan butiran lanjut mengenainya.
Baghdadi, 48 tahun berasal dari Iraq membina gerakan jihad yang ganas dan berpengaruh. Sekitar tahun 2014, beliau didakwa mengisytiharkan sebuah wilayah “khalifah” di seluruh wilayah Syria dan Iraq.
Ia dipersalahkan kerana mengakibatkan kematian ribuan orang awam, melaksanaan hukuman mati dan dituduh melakukan jenayah perang.