Debat pelan pengangkutan juga, kata MTUC Pulau Pinang

Debat pelan pengangkutan juga, kata MTUC Pulau Pinang

Penang Forum mencadangkan satu debat awam dengan kerajaan negeri berhubung cadangan projek LRT Bayan Lepas.

Setiausaha MTUC Pulau Pinang K Veeriah..
PETALING JAYA:
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) cawangan Pulau Pinang hari ini berkata, cadangan debat antara Penang Forum dengan kerajaan negeri harus memasukkan juga isu pelan induk pengangkutan negeri itu.

Terdahulu hari ini Penang Forum mencadangkan satu debat awam dengan kerajaan negeri berhubung cadangan projek LRT Bayan Lepas berikutan dakwaan Ketua Menteri Chow Kon Yeow bahawa kumpulan itu membuat dakwaan tidak berasas terhadap pentadbiran beliau.

Setiausaha MTUC Pulau Pinang K Veeriah berkata, debat berkenaan merupakan plaform yang sesuai bagi membolehkan rakyat “memahami isu yang dipertikaikan”.

Bagaimanapun katanya, debat itu juga harus emberi perhatian kepada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang merangkumi Projek Tambak Laut Selatan Pulau Pinang (PSR) kerana projek berkenaan dikatakan memberi kesan ke atas kehidupan ramai nelayan, termasuk yang berada di Kedah an Perak.

Kerajaan Pulau Pinang mempunyai tanggungjawab politik dan moral “untuk bersikap telus dalam isu ini”, kata MTUC Pulau Pinang.

“Negeri tidak boleh melepaskan akauntibilitinya kepada rakyat berhubung pelan pengangkutan utama itu sehinggalah ia bersedia melalui debat awam mengenai isu sensitif ini,” kata Veeriah dalam satu kenyataan.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri menyahut cabaran mengadakan wacana awam yang komprehensif mengenai isu tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.