Timbalan menteri kerja raya Anuar Tahir pengsan, dirawat di HKL

Timbalan menteri kerja raya Anuar Tahir pengsan, dirawat di HKL

Mohd Anuar, yang juga ahli Parlimen Temerloh dan setiausaha agung Amanah dikatakan mengalami pendarahan otak.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR:
Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dilaporkan pengsan semalam.

Penolong Setiausaha Agung Amanah, Mohd Faizul Salleh ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Mohd Anuar berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan.

“Saya terima panggilan daripada pembantu peribadi (PA) beliau sekitar jam 4 petang tadi (semalam) memaklumkan tentang Mohd Anuar.

“Beliau juga berkata Mohd Anuar agak sibuk dengan jadual yang agak padat. Berkemungkinan beliau (Mohd Anuar) penat,” katanya.

Tambah Mohd Faizul, doktor yang merawat Mohd Anuar menasihatkan agar beliau berehat dari melakukan sebarang aktiviti sehingga benar-benar sihat.

Media melaporkan Mohd Anuar yang juga ahli Parlimen Temerloh dan setiausaha agung Amanah dimasukkan ke HKL selepas beliau pengsan dan dikatakan mengalami pendarahan otak tetapi doktor memutuskan bahawa tiada sebarang pembedahan perlu dijalankan ketika ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.