Kenali 7 pemain bola sepak bergelar model terkenal di dunia!

Kenali 7 pemain bola sepak bergelar model terkenal di dunia!

Ramai pemain bola sepak yang menjadi dambaan wanita kerana ketampanan ketika beraksi di padang, dan turut mendapat perhatian produk-produk terkenal.

Memiliki ketampanan ketika pemain bola sepak beraksi di padang, pasti yang akan membuat ramai wanita “cair”.

Jadi tidak hairanlah jika ramai yang “gila” kan pemain bola sepak dan mengimpikan untuk bercinta dengan mereka.

Sama seperti beberapa produk terkenal, ramai pemain bola sepak yang “dilamar” untuk menjadi duta kepada produk tersebut bertujuan strategi pemasaran.

Jom kenali siapa pemain bola sepak antarabangsa yang berjaya mencipta nama sebagai model jenama terkenal dunia.

1. Lionel Messi

Messi antara pemain bergelar model paling top.

Nama Messi dalam dunia bola sepak memang tidak perlu diperkenalkan lagi berikutan penyerang Argentina dan Barcelona ini telah menjulang pelbagai trofi untuk kelabnya.

Malah penyerang berusia 32 tahun ini merupakan pemain paling mahal di dunia dengan pendapatan 112.3 juta euro (RM524 juta).

Lebih menarik bapa kepada dua orang anak ini merupakan Top Model bagi jenama fesyen terkenal, Dolce & Gabbana.

2. Cristiano Ronaldo

Ronaldo mempunyai jenama pakaian sendiri.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ini merupakan pemain yang digilai ramai peminat wanita di seluruh dunia.

Manakala obsesnya menjadi bentuk fizikal antara faktor jenama pakaian terkenal, Armani memilihnya sebagai model sebelum penyerang Juventus berusia 34 tahun ini mengeluarkan pakaian dalam eksklusif jenamanya sendiri, CR7.

3. David Beckham

Beckham dianggap ikon fesyen pemain bola sepak.

Beckham, 44, bukan sahaja dikenali sebagai pemain bergaya di padang dengan beberapa fesyen rambutnya sebelum ini dan seterusnya dipilih sebagai model pakaian dalam lelaki Emporior Armani pada 2007.

Bekas kapten England serta Manchester United dan beberapa kelab terkemuka lain ini merupakan model seluar dalam terkenal sepanjang masa.

4. Didier Drogba

Drogba antara pemain terbaik benua Afrika.

Drogba,41, antara penyerang yang selalu menjadi sebutan dalam Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Dengan kemahiran yang dimilikinya, dia dilabelkan sebagai pemain paling berjaya ketika menyarung jersi Chelsea, malah bergelar pemain benua Afrika terbaik sepanjang masa.

Ketika bersama Marseille (2003-2004) Drogba dipilih untuk menggayakan seluar dalam dan pakaian mandi bagi jenama HOM. Kini biarpun sudah bersara, nama Drogba masih menjadi sebutan.

5. Zlatan Ibrahimovic

Ibrahimovic antara pemain yang pernah bergelar model untuk jenama pakaian terkenal.

Lima tahun lalu, Ibrahimovic antara tiga pemain terbaik dunia berada di belakang Lionel Messi dan Ronaldo.

Di sebalik tumpuannya di atas padang, bekas pemain Sweden ini merupakan model terkenal.

Dengan fizikalnya yang tinggi serta berwajah kacak, tidak hairanlah bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) ini antara pilihan utama jenama pakaian terkenal, Dolce & Gabbana. Penyerang berusia 38 tahun ini kini beraksi bersama LA Galaxy.

6. Fredrik Ljungberg

Ljungberg antara pemain yang pernah mengungguli pentas peragawan sebelum ini.

Bekas pemain Sweden ini pernah bergelar model Calvin Klien ketika mencipta nama bersama Arsenal 1998-2007.

Ljungberg kini berusia 42 tahun meneruskan minatnya dalam bola sepak sebagai jurulatih Bawah 16 Tahun Arsenal.

7. Oscar dos Santos Emboaba Junior

Oscar pernah bergelar model pada tahun 2014.

Bekas pemain antarabangsa Brazil ini kini beraksi bersama kelab Shanghai SIPG.

Wajah kacaknya pada usia 28 tahun ini menjadi pilihan untuk menggayakan salah satu koleksi jenama fesyen terkenal, Calvin Klien.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.