
Beliau berkata negara tidak boleh memiliki sistem pendidikan yang terlalu ‘mundur’.
“Apabila kita bercakap mengenai IR4.0, kita tidak boleh mempunyai sistem pendidikan yang masih di era 2.0, jadi jika ia 4.0, maka (pendidikan) harus seiring dengan 4.0 Ini yangh menjadi keprihatinan kita sekarang.
“Saya tidak bimbang mengenai anak-anak saya, saya lebih bimbang terhadap cucu-cucu saya, tetapi masalahnya adalah kebimbangan ini seharusnya menjadi kebimbangan nasional dan bukan hanya kebimbangan di kalangan ibu bapa,” katanya semasa berbicara pada siri perbincangan Help University mengenai isu-isu nasional – masa depan Malaysia – program di sini, semalam.
Rafidah berkata bahawa IR4.0 adalah penerapan teknologi maklumat dan komunikasi kepada industri apabila internet of things (IoT) menjadi pemacu utama.
Dalam pada itu, Rafidah menyeru agar rakyat Malaysia memberi tumpuan lebih kepada martabat negara berdasarkan kecekapan anak-anak tanpa mengira bangsa kerana setiap kanak-kanak mempunyai keperluan yang sama untuk mengurangkan keperluan IR 4.0.
“Apabila mereka memasuki sektor swasta misalnya, atau apabila mereka berada dalam perkhidmatan awam, jika perkhidmatan awam tidak dapat memenuhi permintaan 4.0, bagaimana kita hendak bercakap dengan mereka menggunakan komputer … aplikasi industri 4.0 tetapi perkhidmatan awam masih 2.0, ” kata beliau.
Siri perbincangan itu adalah sebahagian daripada rancangan Help University untuk mewujudkan satu platform untuk penceramah, pensyarah, pelajar dan juga orang awam untuk berkongsi kebimbangan, idea dan visi mereka untuk Malaysia yang lebih baik.