Berlari 10 minit boleh kurangkan kematian berkaitan jantung dan strok!

Berlari 10 minit boleh kurangkan kematian berkaitan jantung dan strok!

Kesihatan perlu dijaga dengan baik khususnya jantung supaya tubuh badan boleh bergerak aktif seperti normal.

Setiap kehidupan perlulah dimulakan dengan cara yang lebih baik.

Cuba ubah hari anda, ambil 10 minit setiap kali anda bangun daripada tidur dan berlari setempat.

Nampak ia suatu perkara yang mudah, namun tidak ramai yang mengambil serius dalam hal ini.

Tetapi jika anda tahu apa kesannya pada tubuh badan, pasti anda akan menjadikan ia sebagai satu “kewajipan” pada diri sendiri.

Selain ia boleh mengelakkan anda daripada dihidapi sebarang penyakit, berlari 10 minit juga boleh mengurangkan risiko kematian berkaitan jantung dan strok.

Tidak kiralah sama ada berlari di atas permukaan trek, jalan atau di treadmill, ia tetap akan memberikan banyak kelebihan kepada anda.

Apakah yang anda akan dapat bila berlari di antara 5 hingga 10 minit setiap hari dengan pacing 7 kilometer per jam?

  1. Merendahkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau strok
  2. Mengurangkan risiko berdepan penyakit berkait kardiovaskular
  3. Mampu kurangkan risiko kanser
  4. Menjauhkan anda daripada penyakit neurologikal seperti Alzheimer dan Parkinson

Sekumpulan saintis dari Belanda memberi saranan untuk berlari selama 2 jam 30 minit setiap minggu atau dengan jumlah 30 minit larian selama 5 hari dalam seminggu.

Selain itu kelebihan lain yang anda perolehi bila sentiasa berlari ialah :
  1. Tidur yang lebih nyenyak
  2. Meningkatkan mood
  3. Konsentrasi lebih baik
  4. Selera makan juga bertambah

Adakah selamat berlari setiap hari?

Ia akan selamat selagi anda tidak memaksa kaki untuk melakukan aktiviti yang sesuai dengan diri anda.

Bagi mengelakkan kecederaan pula, anda haruslah :

  1. Memakai kasut larian yang betul dan saiz yang tepat
  2. Tingkatkan jarak larian secara berperingkat
  3. Campur aktviti larian dengan senaman lain seperti berbasikal atau berenang
  4. Panaskan badan sebelum mula berlari

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]om

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.