Tutup fitnah transgender, Cleopatra muat naik foto bersalin

Tutup fitnah transgender, Cleopatra muat naik foto bersalin

Cleopatra kini hangat diperkatakan ekoran fitnah transgender mengenainya setelah tersebar video bertemu dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Gosip hangat membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan individu bernama Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau Cleopatra masih tidak habis lagi.

Pagi tadi, bekas suaminya Nasir Yaacob tampil memberi penjelasan dalam media sosial Facebook bahawa Cleopatra adalah “seorang wanita tulen” dan mempunyai dua anak.

“Perempuan viral dengan Syed Saddiq itu ‘ex-wife’ saya, dia perempuan tulen, bukan transgender, dia ibu kepada dua anak saya, jadi tolong hentikan fitnah dia,” tulisnya semalam di Facebook.

Penjelasan itu susulan video yang tersebar kelmarin apabila Cleopatra bertemu dengan Syed Saddiq di pejabatnya di Putrajaya minggu lalu.

Bagi membuktikan keadaan itu, Cleopatra turut memuat naik gambarnya pagi tadi di Instagram, di mana dia berada di hospital untuk melahirkan anak keduanya.

Perkara itu masih tidak mendiamkan mulut netizen, lantas Nasir sekali lagi memuat naik kenyataan di Facebook hari ini bahawa dia bukan lagi suaminya dan dia juga bukan seorang yang dayus untuk membiarkan isterinya berpakaian mencolok mata.

“Dia nak buka tudung atau berpakaian macam mana sekalipun itu haknya,” kata beliau.

Kenyataan itu cukup menjelaskan yang ia adalah mangsa fitnah, lantas timbul pula isu baru di mana Cleopatra telah pun menyertai PPBM.

Dia membuat kenyataan tersebut beserta gambar yang dimuat naik dalam Instagram sekali lagi.

“Terima kasih Kak Nikki ‘for the warm to PPBM Segambut, mari kita fokus pada isu rakyat yang sebenar, kongsi pendapat anda dengan saya,” katanya ringkas.

Kenyataan itu mendapat 48 komen dan 1,273 suka daripada netizen.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.