
Saya rasa tidak ada keperluan untuk menggantikan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) memandangkan masalah sebenarnya terletak pada pindaan kepada undang-undang buruh yang diubah suai oleh Kementerian Sumber Manusia yang kemudiannya diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Secara amnya, keberkesanan kesatuan dan MTUC berhubung perindustrian di negara ini telah dikurangkan.
Undang-undang buruh yang diwarisi dari sistem kolonial lebih ditujukan untuk menghentikan “subversi” komunisme dalam kesatuan daripada menyediakan perwakilan tenaga kerja yang efektif, demokratik dan adil.
Rejim pasca kolonial mewarisi undang-undang yang tidak menyenangkan ini untuk memastikan buruh tidak akan menimbulkan sebarang ancaman kepada majikan.
Negara Malaysia melakukan banyak perkara melainkan bersikap neutral terhadap buruh dan kesatuan.
Kebanyakan kesatuan sekerja dibentuk dalam konteks politik sebagai usaha kerajaan untuk menangani kesatuan buruh militan pada 1950-an dan 1960-an.
Dalam hal ini, MTUC dan banyak lagi persekutuan lain tidak dapat menyatakan sejarah buruh yang mulia.
MTUC dan kesatuan buruh wujud sejak sekian lama.
Kini kesatuan ini dikekang oleh keanggotaan kesatuan yang kurang, undang-undang buruh yang ketat, sikap berat sebelah kerajaan terhadap dasar buruh dan proaktif yang melayani kepentingan pelabur.
MTUC mungkin lemah pada masa sekarang kerana ia tidak boleh mewakili buruh secara langsung, tidak mempunyai kuasa untuk berunding secara efektif dengan negeri dan kebanyakannya berfungsi dalam suasana permusuhan buruh dan buruh paksa.
MTUC sebenarnya boleh diganti tetapi kita hanya mempunyai kesatuan yang jauh lebih lemah dan kesatuan yang patuh kepada negeri daripada yang sedia ada atau tidak ada kesatuan sama sekali sebagai pilihan.
Saya yakin mereka yang berfikir tentang kesejahteraan buruh mungkin tidak mengambil langkah yang tragis dan melampau untuk menyingkirkan MTUC.
Sekurang-kurangnya pemimpin MTUC pada masa sekarang menyuarakan dan membela hak pekerja dari masa ke semasa.
Kemungkinan besar haluan MTUC pada masa kini diubah kerana perbezaan politik dalam kepimpinan, tetapi puak-puak ini berkumpul bersama apabila sesuatu keadaan timbul.
Hujah untuk menggantikan MTUC adalah sesuatu yang tidak bermakna dan boleh dikatakan satu pemikiran yang sempit.
Bayangkan suatu situasi di mana pekerja di negara ini dibiarkan tanpa sebarang perwakilan sama sekali.
Saya tidak pasti pihak mana yang mengatakan perkara yang benar iaitu kementerian atau MTUC mengenai persoalan perundingan mengenai pindaan baru-baru ini kepada tiga set undang-undang buruh.
Kementerian menyatakan mereka telah berunding sembilan kali dengan MTUC dan persekutuan majikan sebelum pindaan diluluskan.
Tetapi MTUC dan majikan memberitahu perkara sedemikian tidak berkalu dan inilah sebabnya mereka meminta Senat menolak rang undang-undang pindaan yang akan dirujuk kembali ke Jawatankuasa Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) untuk dipertimbangkan semula atau disokong.
Kementerian mungkin telah merujuk kepada dua lagi pihak dalam NLAC, tetapi persoalan sama ada mereka akan memberi sokongan tetap tidak jelas.
Kementerian boleh mengatakan mereka hanya perlu berunding dengan MTUC dan wakil majikan dan tidak semestinya memerlukan pengesahan daripada mereka.
Saya sebenarnya tidak faham tindakan kementerian iaitu kementerian hanya perlu memberitahu kedua-dua badan yang lain dan tidak semestinya harus mendapatkan sokongan mereka.
Sekiranya pindaan ini tidak memberi kepentingan dan kesejahteraan kepada pekerja, apa gunanya untuk membuat pindaan ini di Parlimen tanpa persetujuan buruh dan majikan.
Adakah kerajaan Pakatan Harapan berbeza daripada Barisan Nasional apabila ia berhubung dengan hak pekerja?
Sudah tiba masanya peranan NLAC perlu diperbaharui bagi memastikan MTUC mempunyai peranan yang lebih besar dan lebih berkesan daripada menjadi satu badan untuk perundingan.
Hanya sekadar peranan dalam rundingan tidak cukup baik untuk menjaga kepentingan buruh.
P Ramasamy merupakan timbalan ketua menteri II Pulau Pinang.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.