Kebakaran pusat konvensyen New Zealand masuk hari ke-2, dikhuatiri jejas APEC 2021

Kebakaran pusat konvensyen New Zealand masuk hari ke-2, dikhuatiri jejas APEC 2021

Datuk Bandar Auckland, Phil Goff berkata, Pusat Konvensyen Sky City mungkin tidak dapat bersedia untuk menjadi tuan rumah sidang Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada 2021.

Asal tebal kelihatan di Pusat Konvensyen Sky City yang sedang dalam pembinaan di Auckland, New Zealand pagi ini. Kebakaran bermula tengah hari semalam belum dapat dipadam lagi. (Gambar Reuters)
WELLINGTON:
Kebakaran besar di pusat konvensyen yang sedang dibina di kompleks kasino di Auckland, bermula tengah hari semalam masih memuntahkan asap tebal pagi ini, memaksa penutupan jalan-jalan utama dan pekerja diarah menjaudi kawasan berhampiran.

Kebakaran telah menyebabkan pemindahan seluruh kompleks SkyCity Entertainment Group, termasuk hotel, kasino dan restoran apabila api bermula pada waktu makan tengah hari semalam.

“Dalam jangka masa terdekat ini, kami menjangka akan dapat membuka semula bahagian lain, esok. Kami berharap api dapat dikawal malam ini,” kata Graeme Stephens, ketua eksekutif SkyCity pada sidang akhbar.

Perkhidmatan kecemasan berkata tidak ada kecederaan akibat kebakaran itu, walaupun anggota bomba dirawat setelah merasa sakit di kawasan tapak semalam. Lebih 25 kenderaan berada di lokasi ketika anggota bomba cuba memadam kebakaran sepanjang malam.

Datuk Bandar Auckland, Phil Goff memberitahu akhbar New Zealand Herald, pusat itu kini mungkin tidak dapat disediakan untuk menjadi tuan rumah sidang pemimpin-pemimpin utama dan acara sempena forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada 2021.

“Anda perlu percaya bahawa kebakaran telah membahayakan kemampuan pusat konvensyen untuk menganjurkan mesyuarat APEC,” katanya.

Goff berkata pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk menyediakan pelan alternatif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.