Bella Hadid kalahkan Beyonce, dinamakan sebagai wanita tercantik dunia

Bella Hadid kalahkan Beyonce, dinamakan sebagai wanita tercantik dunia

Bella Hadid merupakan model tercantik di dunia berusia 23 tahun, memperoleh 99.7% kesempurnaan wajah mengalahkan selebriti seperti Beyonce dan Ariana Grande.

Model jelita Bella Hadid, 23 dinamakan sebagai wanita paling cantik di dunia dengan memperoleh markah 99.7 peratus, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.

Ia sekaligus mengalahkan selebriti seperti Beyonce, Amber Heard, Ariana Grande dan Taylor Swift yang menduduki tempat kedua, ketiga dan seterusnya.

Menurut kajian itu, wajah Hadid mencapai tahap kesempurnaan yang paling dekat dengan “idea kesempurnaan Greek purba.”

Dapatan itu merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan pakar bedah plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap kening, hidung, bibir, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.

Malah dagu Hadid, kedudukan mata dan dahinya didapati antara yang paling sempurna menurut teknik penghasilan gaya.

“Jelas sekali Bella Hadid adalah pemenangnya apabila semua elemen pada wajah yang dinilai menjurus kepada kesempurnaan fizikal.

“Dia memperoleh markah tertinggi untuk dagunya dengan 99.7% hanya 0.3% daripada kadar kesempurnaan,” kata Dr Julian mengenai model Amerika Syarikat itu kepada satu laporan media antarabangsa.

Hadid sebelum ini ditemui ketika memperagakan koleksi Versace di Milan baru-baru ini.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.