Amalan wakaf harus jadi ‘jenama’ keluarga, kata Fuziah

Amalan wakaf harus jadi ‘jenama’ keluarga, kata Fuziah

Fuziah Salleh berkata inisiatif hendaklah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda hingga masyarakat akhirnya terbiasa dengan platform amal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh
KUALA LUMPUR:
Demi menggalakkan sumbangan masyarakat, kerajaan akan menjadikan istilah waqaf satu jenama dalam keluarga hingga terterap dalam minda setiap institusi keluarga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Fuziah Salleh berkata inisiatif hendaklah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak yang masih muda hingga masyarakat akhirnya akan terbiasa dengan platform amal, dengan itu menghidupkan semangat sumbangan dana.

“Wawasan kita adalah untuk membangunkan institusi waqaf sebagai jenama dalam keluarga supaya setiap umat Islam berpeluang mendapat pahala berterusan yang boleh dibawa ke akhirat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di ceramah, ‘Rejuvenation of Waqf: Towards Socio-Economic Empowermant’ di sini semalam.

Fuziah menggesa orang ramai mengelakkan mentaliti konvensional yang waqaf hanya untuk tujuan membantu masjid, sekolah agama, dan perkuburan Islam.

Katanya, konsep waqaf berkembang semasa pemerintahan kerajaan Ottoman di mana hospital, sekolah, jalan raya, makanan dan keperluan asas lain masyarakat disediakan.

Sejak penubuhan Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji pada 2004 dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) pada 2008, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit, bersama Majlis-majlis Agama Islam Negeri untuk memajukan harta waqaf, kata Fuziah.

“Projek yang dimajukan untuk keperluan sosial seperti sekolah, rumah perlindungan, pusat haemodialisis dan institut agama bagi mualaf,” kata beliau.

Terdahulu, Fuziah turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama antara YWM dengan Public Islamic Bank Bhd dalam kolaborasi kutipan waqf.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.