Raja Thai lucut gelaran diraja gundik rasmi, didakwa tidak setia

Raja Thai lucut gelaran diraja gundik rasmi, didakwa tidak setia

Pengumuman istana dikeluarkan semalam itu muncul hanya beberapa bulan selepas Raja Maha Vajiralongkon melantik Sineenat Wongvajirapakdi, bekas kekasihnya sebagai gundik rasmi dengan gelaran “Royal Noble Consort”.

Sineenat Wongvajirapakdi dipecat oleh Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkon semalam. (Gambar Twitter)
BANGKOK:
Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkon melucutkan pelantikan diraja dan gelaran tentera yang diberikan kepada gundik rasmi beliau atas alasan “tidak setia kepada raja”.

Pengumuman istana dikeluarkan semalam itu muncul hanya beberapa bulan selepas Raja Maha Vajiralongkon melantik Sineenat Wongvajirapakdi, 34, bekas kekasihnya sebagai gundik rasmi dengan gelaran “Royal Noble Consort”.

Ia merupakan pelantikan pertama dalam hampir satu abad.

Sineenat didakwa telah melanggar kod tingkah laku dan “tidak setia kepada raja”, kata kenyataan istana dua halaman.

Pelantikan Sineenat itu susulan perkahwinan beliau dengan timbalan ketua pengawal pribadinya, Suthida Tidjai, 41.

Kenyataan semalam juga menggambarkan Sineenat sebagai “tidak bersyukur”.

“Royal Noble Consort Sineenat tidak bersyukur dan berkelakuan tidak sesuai dengan gelarannya. Dia juga tidak bertindak selari dengan gelaran diberikan kepadanya, bertindak seolah-olah ratu,” kata kenyataan itu.

“Dia tidak faham tradisi kerabat diraja. Dia menunjukkan ketidaktaatan terhadap raja dan ratu.”

Mengikut laporan media antarabangsa, peranan gundik rasmi tidak pernah diiktiraf dalam kerajaan Thailand dan kali terakhir pelantikan tersebut adalah pada tahun 1921.

Pada 4 Mei lalu, Raja Maha Vajiralongkorn secara rasmi ditabalkan sebagai Raja ke-10 Dinasti Chakri pada istiadat pertabalan yang gilang-gemilang mengikut keagamaan Hindu dan Buddha.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.