Jokowi kekalkan Sri Mulyani menteri kewangan

Jokowi kekalkan Sri Mulyani menteri kewangan

Selepas pertemuan dengan presiden hari ini, Sri Mulyani berkata beliau akan memberi tumpuan terhadap dasarnya ke arah keutamaan Jokowi bagi memastikan belanjawan kerajaan dilaksanakan dengan baik dan dasar fiskal dapat respons terhadap kedinamikan global.

Sri Mulyani Indrawati kekal sebagai menteri kewangan dalam Kabinet penggal kedua Jokowi. (Reuters pic)
JAKARTA:
Presiden Indonesia Joko Widodo meminta Sri Mulyani Indrawati meneruskan peranannya sebagai menteri kewangan ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu buat penggal kedua.

Sri Mulyani memaklumkan perkara kepada waratwan di sini hari ini.

Selepas pertemuan dengan presiden, Sri Mulyani berkata beliau akan memberi tumpuan terhadap dasarnya ke arah keutamaan Jokowi bagi meningkatkan sumber daya manusia, memastikan belanjawan kerajaan dilaksanakan dengan baik dan dasar fiskal dapat bertindak balas terhadap kedinamikan global.

Sri Mulyani, tokoh disegani di Indonesia, merupakan bekas pengarah urusan Bank Dunia, menjadi menteri kewangan sejak 2016, telah menerajui usaha reformasi cukai, menyeru memanfaatkan program pembaharuan cukai 2016-2017.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.