
“Saya sudah diberi amanat untuk adakan satu jadual khas dan adakan peraturan untuk pastikan ahli pembangkang tidak bersuara isu itu.
“Saya sudah maklumkan kepada semua ahli Parlimen berkenaan kehadiran dan prestasi kena dipertingkatkan.
“Pada masa sama, jadual Menteri dan Timbalan Menteri juga ditambah,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Dewan Rakyat dibubarkan selepas sidang terpaksa dihentikan kerana bilangan wakil-wakil rakyat pemerintah tidak mencukupi.
Sekurang-kurangnya 26 ahli Parlimen mesti berada dalam Dewan Rakyat pada setiap sesi.
Liew akan mengambil kehadiran ahli-ahli Parlimen pemerintah dan melaporkan ketidakhadiran mereka kepada perdana menteri dan pemimpin tertinggi parti masing-masing.
Beliau bagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan mengumumkan nama ahli-ahli Parlimen yang tidak hadir, mengatakan perkara itu bawah tanggungjawab ketua whip.
“Saya akan maklumkan kepada ketua whip dan akan maklumkan kepada ahli di parti, jadi saya rasa selepas itu terpulang kepada ketua whip untuk edarkan nama nama yang tidak hadir,” katanya.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Rina Mohd Harun berkata menteri sememangnya mengikut jadual yang diberikan.
“Menteri memang ada jadual, hari apa perlu bertugas. Saya ikut jadual ditetapkan,” katanya.