Dewan Rakyat kembali kecoh, MP BN dakwa bajet 2020 ‘belanjawan DAP’

Dewan Rakyat kembali kecoh, MP BN dakwa bajet 2020 ‘belanjawan DAP’

Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) berkata belanjawan sememangnya belanjawan pihak DAP kerana dibentangkan oleh seorang menteri dari DAP, komponen PH.

Perbahasan Belanjawan 2020 Mahdzir Khalid hari ini mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat hari, hari kedua berturut-turut.
KUALA LUMPUR:
Selepas dilabel sebagai rasis dan komunis semalam, Dewan Rakyat kembali kecoh hari ini apabila ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai belanjawan DAP, bukannya disediakan Pakatan Harapan (PH).

Mahdzir Khalid (BN-Padang Terap) berkata belanjawan sememangnya belanjawan pihak DAP kerana dibentangkan oleh seorang menteri dari DAP, komponen PH.

“Bagan dari mana? Dari DAP!” kata beliau merujuk kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang membentangkan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lalu.

Kenyataan itu lantas ditepis oleh barisan ahli Parlimen kerajaan yang membantah dakwaan tersebut.

“Padang Terap, tak ada modal lagi ke?” kata RSN Rayer (PH-Jelutong).

“Jangan ’emotional’,” jawab Mahdzir yang merupakan bekas Menteri pelajaran dan Menteri besar Kedah.

Rayer juga mendapat sokongan daripada dua ahli Parlimen PH iaitu Kasthuri Patto (Batu Kawan) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya) yang menegaskan Belanjawan 2020 adalah pembentangan kerajaan dan suara bulat PH.

Sementara itu, Cha Kee Chean (PH-Rasah) meminta Mahdzir membahas belanjawan tanpa membuat sebarang kenyataan berbaur perkauman.

“Kalau nak bahas belanjawan, bahas sahaja lah. Jangan jadi rasis,” katanya.

Katanya terus ditempelak Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang mempersoalkan ahli Parlimen kerajaan seolah-olah beremosi.

“Kau marah kenapa?” katanya.

Belanjawan 2020 yang dibentangkan Lim 11 Okt lalu lalu merupakan belanjawan kedua oleh Lim selaku menteri kewangan.

Dewan Rakyat kecoh dua kali semalam.

Pada sebelah petang, sesi perbahasan bertukar kecoh apabila Bung Moktar mencadangkan agar DAP dibubarkan selepas didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Bung Moktar berkata, sekiranya ramai pemimpin Umno dibekukan akaun kerana dituduh mengambil wang dana 1MDB, apakah pula tindakan kerajaan bagi pertubuhan yang didapati meyumbangkan dana kepada kumpulan pengganas.

Kenyataan tersebut disanggah oleh Cha Kee Chin (PH-Rasah) yang menggesa Bung supaya menarik balik kenyataan tersebut.

Sementara itu RSN Rayer melaungkan “peraturan mensyuarat” di sebalik kekecohan tersebut.

“Ini melampaulah Yang Berhormat,” katanya.

Terdahulu dewan kecoh apabila Shahidan Kassim (BN-Arau) mengaitkan Belanjawan 2020 sebagai rasi dan komunis.

Beliau menyifatkan Belanjawan 2020 sebagai “komunis” dan “rasis” kerana penggunaan istilah saksama dan mendakwa peruntukan bagi kaum India dikurangkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.