Kereta dihempap pokok, tembok runtuh susuli banjir di KL

Kereta dihempap pokok, tembok runtuh susuli banjir di KL

Bomba berkata tiada mangsa dalam semua kes kecemasan yang mereka tangani.

(Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat KL)
PETALING JAYA:
Beberapa kawasan di Kuala Lumpur tenggelam ekoran hujan lebat berterusan sejak 6 petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur memaklumkan tiada mangsa dalam semua kes kecemasan yang mereka tangani, tetapi terdapat beberapa kenderaan terperangkap dalam banjir kilat atau dihempap pokok.

Menurut bomba lagi, air yang naik dengan pantas menyebabkan kesesakan lalu lintas di Jalan Lembah Ledang (Bukit Damansara), Jalan Universiti (pintu masuk Universiti Malaya) dan Bulatan Segambut (Kampung Delima).

(Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat KL)

Sistem Maklumat Pengangkutan Pengangkutan Bersapu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Twitter memaklumkan Jalan Tuanku Abdul Halim turut dinaiki air, dan kedua-dua lorong di Terowong Duta ditutup.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasan Trafik Kuala Lumpur Zulkifly Yahya memberitahu ketika dihubungi Bernama berkata anggota ditempatkan di lokasi-lokasi banjir bagi mengawal lalu lintas.

Beberapa kenderaan dilaporkan terperangkap di Bulatan Segambut dan Jalan Tuanku Abdul Halim.

(Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat KL)

Bomba menghantar jentera ke Jalan U-Thant selepas mendapat panggilan kecemasan dan mendapati sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah kereta.

Bomba juga menghantar jentera ke Kampung Dato Keramat dan mendapati tembok penghadang sebuah rumah runtuh.

Bomba berkata banjir mulai surut sekitar 8.30 malam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.