
Dhaka mahu memindahkan 100,000 pelarian ke Bhasan Char – sebuah pulau di teluk Bengal, satu jam perjalanan menggunakan bot dari tanah besar – untuk mengurangkan kesesakan di kem-kem pelarian di Cox’s Bazar, yang menempatkan lebih satu umat Islam Rohingya yang telah melarikan diri dari Myanmar.
“Kami mahu memulakan penempatan awal bulan depan,” kata Mahbub Alam Talukder, ketua Suruhanjaya Bantuan dan Pemindahan yang berpangkalan di Cox’s Bazar, kepada Reuters, sambil menambah, “pelarian akan bergerak secara berfasa”.
“Pegawai kami akan menyusun senarai pelarian yang sanggup untuk berpindah,” katanya, sambil menambah, seramai 7,000 pelarian telah bersetuju untuk berpindah, Sabtu lalu.
Sesetengah kumpulan hak asasi manusia menyatakan kebimbangan mengenai rancangan itu kerana pulau itu agak jauh dan terdedah kepada bencana ribut. Ramai pelarian menentang langkah itu, yang mana beberapa pakar hak asasi manusia takut akan mencetuskan krisis baru.
Bilangan pelarian di Cox’s Bazar telah meningkat sejak Ogos 2017, ekoran tindakan ketenteraan keras Myanmar. PBB menjangkakan tindakan “tujuan genosida” menyebabkan 730,000 etnik Rohingya melarikan diri.
Shah Kamal, setiausaha Kementerian Bencana Bangladesh, berkata kerajaan sedang berunding dengan agensi PBB untuk memindahkan pelarian ke Bhasan Char.
“Tidak ada sebab untuk bimbang tentang banjir kerana kami telah mengatasi masalah banjir, dengan semua kemudahan lain,” katanya.
“Tiada seorang pun akan berpindah ke sana tanpa persetujuan mereka.”