UAE ringan hukuman 28 kesalahan termasuk tak puasa di bulan Ramadan

UAE ringan hukuman 28 kesalahan termasuk tak puasa di bulan Ramadan

Pesalah sebaliknya akan dikenakan denda serta-merta semasa ditangkap.

Sebelum ini, sesiapa yang ditangkap makan di khalayak ramai siang hari di bulan puasa boleh dikenakan hukuman penjara sebulan dan denda maksimum RM2,280. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak lagi mengenakan dikenakan tindakan undang-undang terhadap 28 jenis kesalahan jenayah, termasuk makan di khalayak ramai ketika bulan Ramadan.

Menurut laporan Stepfeed, pesalah sebaliknya akan dikenakan denda serta-merta semasa ditangkap.

Sebelum ini, sesiapa yang ditangkap makan di khalayak ramai siang hari di bulan puasa secara automatik dihadap ke mahkamah dan boleh dikenakan hukuman penjara sebulan dan denda maksimum 2,000 dirham (RM2,280).

Peraturan terkini itu tidak bermakna kesalahan itu tidak lagi dianggap sebagai jenayah tetapi ia dipertimbangkan kembali kesan undang-undangnya.

UAE bukan satu-satunya negara yang menguatkuasakan larangan makan di tempat awam semasa Ramadan. Beberapa negara majoriti Islam di rantau itu termasuk Arab Saudi, Qatar dan Kuwait juga melaksanakannya.

Langkah terbaru itu berlaku selepas peguam negara mengeluarkan arahan awal bulan ini yang bertujuan “mempercepatkan prosedur dan membuang tekanan daripada sistem undang-undang negara.”

Kesalahan lain yang turut “diringankan” kepada denda termasuk jenayah lalu lintas, menghina orang lain, penderaan haiwan, membakar harta seseorang, merosakkan atau mencabut tanaman, tinggal lebih masa dan menghalang keadilan.

Sesetengah rakyat gembira dengan undang-undang baru terbaru itu, mengatakan ia memberi manfaat kepada sistem undang-undang negara itu.

Di bawah undang-undang baru itu, “menyeksa, mendera, menyebabkan keletihan atau tidak memberikan penjagaan yang betul kepada haiwan atau haiwan yang diamanahkan kepada seseorang” boleh didenda serta-merta sebanyak 1,000 dirham (RM1,140).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.