Pengasas Gojek dilantik sertai Kabinet baru Jokowi

Pengasas Gojek dilantik sertai Kabinet baru Jokowi

Nadiem Makarim berkata beliau menerima jawatan Kabinet dan telah meletakkan jawatan ketua pegawai eksekutif Gojek, yang beliau mulakan sembilan tahun lalu, dengan serta-merta.

Pelantikan Makarim tidak sepatutnya mengganggu operasi di Gojek memandangkan pengurusnya yang berpengalaman. (Gambar Reuters)
JAKARTA:
Presiden Indonesia, Joko Widodo melantik pengasas Gojek, berusia 35 tahun, untuk menganggotai Kabinet baru beliau, sekali gus menekankan pentingnya sektor internet dalam mendorong ekonomi terbesar di Asia Tenggara.

Nadiem Makarim hari ini memberitahu pemberita, beliau menerima jawatan Kabinet dan telah meletakkan jawatan ketua pegawai eksekutif (CEO) Gojek, beliau mulakan sembilan tahun lalu, dengan serta-merta.

Ini menyebabkan syarikat dengan modal A$10 bilion, salah satu terbesar di Asia Tenggara, tanpa pemimpin utama ketika ia mengusahakan pembiayaan untuk bersaing dengan Grab Holdings Inc.

Gojek berkata Presiden Andre Soelistyo dan pengasas bersama Kevin Aluwi akan mengambil alih tugas CEO bersama.

Gojek adalah syarikat rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Jakarta. Perkhidmatannya boleh digunakan menggunakan aplikasi yang dibangunkan.

Justeru, Gojek akan menggariskan langkah seterusnya dalam beberapa hari akan datang, kata syarikat dalam kenyataan.

Widodo, yang biasanya dikenali sebagai Jokowi, akan menentukan peranan bakal diambil oleh Makarim dalam pengumuman kemudian.

Pelantikan Makarim selaras dengan hasrat presiden Indonesia itu untuk membawa masuk profesional dalam pasukan keduanya – tidak akan mengganggu operasi Gojek kerana pengurus barunya berpengalaman.

“Ini bermakna Kabinet baru Presiden Jokowi akan dianggotai oleh orang muda yang mampu melaksanakan tugas mereka,” kata Willson Cuaca, rakan pengurusan East Ventures, salah satu firma modal teroka yang aktif di Indonesia.

“Ia menunjukkan Indonesia menghargai apa yang mereka lakukan untuk negara ini. Bagi Gojek, ia mencapai satu paras di mana meskipun Nadiem meletakkan jawatan, operasi bisnes adalah seperti biasa.”

Pengasas bersama Gojek berasal dari keluarga Indonesia terkemuka. Datuknya merupakan sebahagian daripada delegasi mencapai kemerdekaan daripada Belanda pada 1949 di The Hague.

“Sejak awal, misi saya di Gojek telah memaparkan Indonesia di pentas dunia,” kata Makarim kepada wartawan ketika mengumumkan peletakan jawatannya di sini, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.