MU lebur rekod 100% kemenangan Liverpool

MU lebur rekod 100% kemenangan Liverpool

Liverpool menang dalam kesemua lapan perlawanan sebelum ini dalam Liga Perdana dan satu-satunya pasukan belum tewas dalam mana-mana perlawanan.

Rashford menjaringkan gol pembukaan perlawanan Manchester United menentang Liverpool di Old Trafford. (Gambar AP)
MANCHESTER:
Manchester United (MU) mengakhiri rekod kemenangan berterusan Liverpool dalam musim Liga Perdana 2019/20 dan 17 kemenangan berturut-turut apabila seri 1-1 di Old Trafford semalam.

Pun begitu kekecewaan jelas untuk pasukan Ole Gunnar Solskjaer, berada lima minit menjelang perlawanan tamat, dikejutkan pemain gantian Liverpool, Adam Lallana yang meraih gol penyamaan, sekali gus mengetepikan gol pembukaan minit ke-36 oleh Marcus Rashford.

Ia merupakan satu lagi perlawanan Liga Perdana dengan kontroversi VAR, yang akan terus mencetuskan perdebatan tentang sistem diperkenalkan musim ini.

Keputusan semalam mengurangkan jurang perbezaan mata Liverpool yang kini mengatasi pasukan tangga kedua Manchester City hingga enam poin. Pasukan pimpinan Jurgen Klopp masih jauh dari kedudukan terbaik walaupun telah mengumpulkan 25 mata dari sembilan perlawanan setakat ini.

Liverpool menang dalam kesemua lapan perlawanan sebelum ini. Satu-satunya pasukan yang belum tewas dalam mana-mana perlawanan.

“Kami cukup baik untuk satu mata,” kata Klopp.

“Kami menguasai 100% sehingga akhir. Kami mahukan keputusan berbeza tetapi untuk melakukan itu, anda perlu bermain lebih baik.”

United kini tidak tewas dalam tujuh perlawanan terakhir menentang Liverpool dan ketika prestasi mereka akan meningkatkan semangat, juara 20 kali itu kini berada di tempat ke-13, berada 15 mata di belakang pemimpin liga kali ini.

“Kami mempunyai pasukan yang bertindak dengan baik satu sama lain dan mungkin ini akan mengubah musim mereka,” kata Solskjaer.

“Mereka kecewa kerana merasakan kami sepatutnya yang menang. Peminat kami menunjukkan mereka dapat melihat apa yang berlaku dan kami akan ke sana.”

MU hanya mencapai dua kemenangan dari lapan pembukaan mereka dalam Liga Perdana kali ini.

Di atas kertas, barisan MU tidak sepadan dengan pasukan Klopp, terutamanya ekoran Paul Pogba cedera dan Anthony Martial dihadkan di bangku simpanan ketika dia kembali dari kecederaan.

Liverpool pula tidak mempunyai penyerang Mesir, Mohamed Salah semalam, tidak diturunkan kerana kecederaan buku lali dengan Divock Origi diberikan permulaan yang jarang berlaku bersama Roberto Firmino dan Sadio Mane di bahagian serangan manakala penjaga gol Brazil, Alisson Becker pula baru kembali dari kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.