Perasan tak kadang kala api pada tungku dapur jadi besar dan bertukar warna oren sehingga menyebabkan periuk hitam berjelaga.

Memang jenuh nak menyentalnya, sampai ingat tungku dapur gas dah rosak dan kena tukar yang lain.
Namun sebelum nak beli dapur baru, sebenarnya anda boleh cuba dulu tip yang dikongsikan oleh Sharina Othman dalam group Masak Apa Hari Ini (MAHN), agar api kembali bertukar biru.
Berikut perkongsian tersebut;

Siapa pernah mengalami situasi sebegini?

1. Nampak tak api jadi warna oren. Letak sahaja periuk atau kuali pasti tidak sampai seminit hitam lah periuk tu.
2. Pusingkan benda tu seperti yang ditunjukkan di anak panah.
3. Pusingkan hingga tidak menutup lubang tu.

Info Ekstra!
Namun, setelah anda pusing pin tetapi api tetap warna oren/merah.
Caranya:
Buka tungku api, ketuk-ketuk untuk keluarkan segala karat-karat yang terkumpul, bersihkan sisa makanan atau lelehan minyak.
Spray dengan anti karat (ada dijual kedai hardware/mr.diy).
Dan pasang semula tungku api tersebut.
Jika api masih oren atau merah juga bolehlah dipertimbangkan untuk beli dapur gas baru.
Sumber: mingguanwanita.my
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]