
Insiden terbaru ini merupakan kejadian terburuk selepas India memnarik balik status istimewa wilayah itu Ogos lepas.
Tiga orang awam di India cedera dan beberapa bangunan serta kenderaan rosak berikutan bedilan meriam selama beberapa jam oleh kedua-dua pihak di daerah Tanghdar di utara Kashmir lewat malam Ahad, kata seorang pegawai kanan.
Pakistan berkata, enam orang awamya terbunuh dan lapan cedera dalam pertempuran itu.
Dua negara berjiran itu terlibat dalam dua perang membabitkan Kashmir.
Pakistan dengan sengaja melanggar genjatan senjata di Tanghdar, kata jurucakap pertahanan India, Rajesh Kalia.
“Tentera kami bertindak balas menyebabkan kerosakan teruk dan kematian di pihak musuh,” kata Kalia.
Tentera India di wilayah Kashmir yang diduduki “hilang kawalan”, kata perdana menteri wilayah Azad Kashmir Pakistan di Twitter, dengan menambah bahawa kematian dan kecederaan orang awam berlaku di daerah Muzaffarabad dan Neelum.
“Ini merupakan puncak keganasan. Dunia tidak harus berdiam diri tentangnya,” katanya di Twitter dengan menggunakan alamat #KashmirNeedsAttention.
Ketegangan antara dua negara itu tercetus semula dengan kejadian tembak-menembak lintas sempadan sejak 5 Ogos apabila India mengarahkan sejumlah besar tenteranya ke Kashmir India bagi memadamkan keresahan penduduk selepas New Delhi membatalkan status autonomi wilayah itu.