Boleh dikatakan semua orang suka menonton filem seram. Cuma antara berani atau tidak menontonnya seorang.

Ia boleh dikatakan antara genre filem yang digemari semua masyarakat.
Jadi tidak mustahil setiap tahun pasti ada tayangan filem hantu di pawagam tidak kiralah sama ada dari Hollywood, Bollywood atau dari negara Asia.
Namun tahukah anda ada beberapa filem hantu yang diterbitkan berdasarkan kisah benar.
Dan antara filem seram yang diadaptasi daripada kisah benar seperti filem Nang Nak dari negara jiran iaitu Thailand.
Seorang pengguna Facebook, John Mohamed berkongsi tentang kisah sebenar disebalik filem seram ini.

Menurut kisah lagenda ini, Nak atau lebih dikenali sebagai Nang Nak merupakan seorang wanita cantik yang tinggal bersama suaminya, Mak.
Mereka berdua tinggal di kawasan tebing sungai yang bernama Phra Khanong, terletak dalam kawasan Bangkok.
Kisah ini bermula sekitar 1800 ketika zaman pemerintahan Raja Rama Keempat, cerita lagenda ini bermula apabila Mak dikerah untuk menyertai tentera Thailand dan pergi berperangan ketika itu.
Dalam peperangan tersebut, Mak telah cedera parah dan dia telah mendapat rawatan di hospital tengah bandar Bangkok.
Malangnya ketika itu Nak dan bayi yang dikandungnya meninggal dunia akibat komplikasi ketika melahirkan anak sulung mereka, pada waktu itu, Mak memang tidak tahu menahu bahawa isteri dan anaknya sudah meninggal dunia.

Mak rasa sangat gembira apabila melihat isterinya sudah bersalin.
Tetapi Mak rasa tidak senang hati apabila orang kampung bercakap tentang mereka, Mak dikatakan tinggal bersama hantu.
Ini kerana hanya Mak yang nampak isteri dan anaknya hingga membuatkan orang kampung mengatakan bahawa dia tinggal dengan hantu.
Mak pada mulanya tidak percaya akan perkara tersebut dan menganggap orang kampung cemburu serta iri hati terhadap keluarga mereka.
Namun pada suatu hari, ketika Nak sedang menyediakan makanan yang dipanggil Nam Phrik iaitu sambal belacan Thailand.
Ketika Nak memerah limau nipis, limau tersebut terjatuh ke bawah rumah, dan Nak memanjangkan tangannya untuk mengambil limau tersebut.

Dia sedar yang dia perlu lari dari rumah tersebut, apabila malam Mak memberitahu isterinya bahawa dia ingin pergi ke tandas.
Kemudian, dia terus berlari sekuat hati meninggalkan rumahnya itu dan dia dikatakan menyorok di dalam semak yang ditumbuhi dengan pokok Naat.
Orang Thailand percaya hantu atau roh jahat tidak akan sesekali datang dekat dengan kawasan yang ada Pokok Naat ini.
Kemudian, Mak melarkan diri ke sebuah kuil yang diberi nama Kuil Mahabut.
Di kuil itu juga, hantu atau roh jahat dikatakan tidak boleh masuk disebabkan orang Thailand percaya kuil tersebut merupakan tempat suci.
Nak dapat tahu yang suaminya sudah melarikan diri, akibat mulut orang kampung yang bercakap pasal kematiannya.
Hantu Nak mula mengganggu penduduk kampung tersebut sehingga keadaan kampung tidak tenteram.
Selepas hantu Nang Nak membuat kacau di kampung tersebut, pawang akhirnya berjaya tangkap roh hantu Nak dan meletakkannya dalam tembikar tanah lalu dibuang dalam sungai.
Untuk pengetahuan anda, penduduk di sana ada buat tempat sembahan kecil khas untuk Nang Nak.
Terletak di dalam kawasan Kuil Mahabut, patung dan juga lukisan gambar Nang Nak dipamerkan di situ.
Ada penduduk tempatan yang datang untuk meminta hajat dengan membawa kain berwarna dan juga buah, bunga serta colok.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]