
Pasukan Petugas Tindakan Kewangan yang berpangkalan di Paris, bagi menangani pengubahan wang haram, berkata Pakistan telah gagal untuk melaksanakan pelan tindakan itu menjelang tarikh akhir sebelum ini iaitu Jan lalu, dan kemudian Mei dan sekarang Okt.
“FATF menggesa Pakistan dengan segera menyelesaikan pelan tindakan sepenuhnya pada Feb 2020,” katanya dalam satu kenyataan.
“Jika kemajuan ketara dan lestari tidak dibuat merangkumi pelbagai pelan tindakan sebelum plenari akan datang, FATF akan mengambil tindakan.”
FATF telah pun meletakkan Pakistan dalam “senarai kelabu” dengan kawalan tidak mencukupi bagi membendung pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Bagaimanapun India mahu Pakistan disenarai hitam, yang mungkin akan membawa kepada sekatan.
“Pakistan perlu melakukan banyak lagi dan perlu melakukannya dengan lebih cepat,” kata Presiden FATF, Xiangmin Liu kepada pemberita di Paris.