Nato: Perjanjian Turki-AS bantu reda ketegangan di Syria

Nato: Perjanjian Turki-AS bantu reda ketegangan di Syria

Pada Khamis Turki dan AS bersetuju untuk menghentikan sementara operasi antikeganasan di utara Syria.

Setiausaha Agung Nato Jens Stoltenberg berkata, Turki bersendirian di rantau bergolak, selain menderita paling teruk akibat serangan pengganas. (Gambar AFP)
BRUSSELS:
Perjanjian antara Turki dan Amerika Syarikat (AS) mengenai zon selamat di utara Syria membantu meredakan ketegangan di rantau itu, memetik Ketua Setiausaha Nato Jens Stoltenberg.

Bercakap pada sidang akhbar dengan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo pada Jumaat, Stoltenberg berkata, “situasi di timur laut Syria sukar. Saya percaya kesepakatan ini boleh membantu memperbaiki keadaan di kawasan itu.”

Pada Khamis Turki dan AS bersetuju untuk menghentikan sementara operasi antikeganasan utara Syria.

Ketua Nato itu berkata, Turki bersendirian “di rantau yang bergolak”, tiada sekutu lain menderita akibat serangan pengganas berbanding Turki, yang turut menjadi tuan rumah kepada jutaan pelarian.

Pompeo berkata, “hari ini terdapat beberapa langkah bagi melaksanakan perjanjian antara Turki dan AS dan koordinasi intensif “diperlukan untuk memerangi pengganas di zon selamat.

Mengenai pendirian beberapa negara Eropah akan menerima rakyat mereka yang bergabung dengan pengganas IS, setiausaha kerajaan AS berkata, beliau menyambut baik usaha itu, tetapi kecewa apabila ia “masih tertangguh” sehingga kini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.