Kapal persiaran mewah berkait Jho Low dijual semula

Kapal persiaran mewah berkait Jho Low dijual semula

Kapal yang pernah dikenali sebagai Equanimity dan dibeli Genting itu disenaraikan di laman broker kapal persiaran.

Penyenaraian di laman broker kapal persiaran Camper & Nicholsons.
PETALING JAYA:
Kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho dilaporkan dijual semula, lebih setahun selepas Genting membelinya daripada kerajaan Malaysia pada harga AS$126 juta (RM523 juta).

Laporan media berkata kapal sepanjang 91m itu, yang dinamakan Tranquility oleh Genting, disenaraikan untuk jualan di broker kapal persiaran Camper & Nicholsons. Belum pasti bila Genting meletakkan kapal persiaran itu untuk dijual.

Ia dipaparkan di laman web C&N sebagai boleh didapati pada harga yang tidak dinyatakan, boleh diperoleh apabila dipohon, manakala laporan media memetik harga tawaran AS$200 juta.

Ia juga disenaraikan di C&N sebagai boleh dicarter pada harga 1.1 juta Euros (RM5.14 juta) setiap minggu.

Kapal persiaraan yang sebelum ini dikenali sebagai Equanimity itu menarik perhatian media apabila ia dikaitkan dengan Low, yang dikehendaki oleh pihak berkuasa untuk disoal mengenai skandal 1MDB.

Tranquility jadi bahan berita pada Ogos selepas model Kylie Jenner dilaporkan menyewanya untuk sambutan hari kelahirannya yang ke-22.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.