Terbuka Denmark: Harapan Malaysia pada pasangan Chan-Goh

Terbuka Denmark: Harapan Malaysia pada pasangan Chan-Goh

Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying berjaya menempah ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Denmark.

KUALA LUMPUR: Sandaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark di Odense, Denmark, kini tertumpu kepada pasangan profesional beregu campuran negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

Pada perlawanan pusingan kedua di Odense Sportpark pada Khamis (Jumaat di Malaysia), pasangan pilihan keempat itu berjaya menempah tempat ke suku akhir, selepas menewaskan pasangan India, Pranaav Jerry Chopra-Reddy N. Sikki 26-24, 13-21 dan 21-11, menurut laman web Persekutuan Badminton Duna (BWF).

Chan dan Goh dijadualkan bertemu pasangan pilihan kelima, Seo Seung Jae-Chae YuJung selepas pasangan Korea Selatan itu menewaskan pasangan Hong Kong, Chang Tak Ching-Ng Wing Yung; 21-12 dan 21-6 dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Dua lagi pasangan Malaysia terkeluar daripada kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$775,000 (RM3.245 juta) itu selepas tewas kepada lawan masing-masing.

Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas 15-21, 20-22 kepada pasangan Tang Chun Man-Tse Ying Suet (Hong Kong) dalam satu lagi perlawanan beregu campuran, manakala pasangan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan juara dunia Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan (Indonesia) 20-22 dan 16-21.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.