
Perlawanan persahabatan yang akan berlangsung pada Sabtu akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil 8.45 malam, bakal menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 skuad kendalian Tan Cheng Hoe.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan rasmi di Facebook berkata, perlawanan menentang Tajikistan merupakan aksi yang diatur sebagai pemanas badan skuad negara sebelum berdepan Thailand dan Indonesia Nov ini.
Selain perlawanan Kelayakan Asia ke Piala Dunia Qatar 2022 dan Malaysia juga bakal berdepan Piala AFC Asian China 2023.
Mengikut jadual, Harimau Malaya akan menentang negara gajah putih pada Khamis 14 Nov dan Skuad Garuda 5 hari kemudian iaitu Selasa 19 Nov 2019.

Dalam aksi kelayakan Kumpulan G setakat ini, Malaysia merekodkan kemenangan 3-2 di Jakarta sebelum tewas 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan 0-1 kepada Vietnam minggu lalu.
Kini skuad Hariman Malaya dalam keadaan wajib menang ke atas Thailand dan Indonesia untuk mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan ketiga.
Menjelang dua aksi pusingan kelayakan piala dunia itu, perkampungan sukan stadium Bukit Jalil bakal diserbu puluhan ribu penyokong Harimau Malaya bagi menyaksikan dua aksi penting itu.
Orang ramai serta peminat tegar skuad Harimau Malaya diharap turun bagi menzahirkan sokongan mereka kepada skuad negara.