
Kemalangan pada petang Rabu itu melibatkan pertembungan antara “bas persendirian yang disewa… dengan kenderaan berat” berhampiran bandar barat, kata jurucakap polis Madinah seperti dilaporkan Saudi Press Agency (SPA).
Mereka yang terlibat adalah jemaah Arab dan Asia yang melakukan perjalanan dari Madinah ke Mekah, menurut media tempatan yang mengambil gambar bas yang terbakar dan tingkapnya pecah.
Mereka yang cedera dipindahkan ke Hospital Al-Hamna, kata SPA.
Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan.
Akhbar Okaz melaporkan mangsa adalah ekspatriat yang tinggal di negara itu dan sedang melaksanakan ibadah umrah.
Tahun lalu, sebuah kereta api berkelajuan tinggi dibuka menghubungkan Mekah dan Madinah yang memendekkan perjalanan hanya dua setengah jam, mengurangkan masa perjalanan seperti sebelum ini.
Putera Faisal bin Salman, gabenor wilayah Madinah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kata SPA.
Perdana Menteri India, Narendra Modi juga menyampaikan ucapan takziahnya.
“Sedih dengan berita kemalangan bas berhampiran Mekah di Arab Saudi. Takziah kepada keluarga mereka yang terkorban. Semoga cepat sembuh dari kecederaan,” tulisnya di Twitter.
Empat jemaah haji Britain terbunuh dan 12 lagi cedera pada April tahun lalu apabila bas mereka bertembung dengan kapal tangki bahan api ketika mereka sedang menuju ke Mekah.
Pada Januari 2017, enam rakyat Britain, termasuk bayi berusia dua bulan, terbunuh dalam sebuah bas mini dalam perjalanan ke Madinah selepas melaksanakan ibadah haji di Mekah.
Pada September 2015, satu rempuhan membunuh sehingga 2,300 jemaah – termasuk ratusan rakyat Iran – dalam bencana paling buruk yang pernah berlaku ketika musim haji.
Awal bulan itu juga, 100 orang terbunuh apabila sebuah kren pembinaan terjatuh ke halaman Masjid Besar Mekah.