PKR Perak dakwa Ahli Parlimen Bukit Gantang sertai parti

PKR Perak dakwa Ahli Parlimen Bukit Gantang sertai parti

Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata majlis pimpinan pusat PKR meluluskan permohonannya hari ini.

Syed Husin Hafiz Syed Abdul Fasal. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
PKR Perak hari ini mendakwa Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal hari ini menyertai parti itu selepas lebih satu tahun meninggalkan Umno.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, permohonan Syed Abu Hussin baru sahaja dipersetujui dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat PKR hari ini kerana harus melalui proses penelitian terlebih dulu.

“Dengan pengalaman yang dimiliki beliau, saya yakin ini dapat membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan memanfaatkan majlis pimpinan Perak pada masa yang sama,” katanya dalam kenyataan.

Pada 27 Jun 2018, Syed Abu Hussin mengumumkan keluar Umno dan Barisan Nasional dan menjadi Ahli Parlimen bebas berkuatkuasa 1 Julai 2018.

Beliau juga meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno Bukit Gantang.

Farhash mengalu-alukan kehadiran ahli Parlimen Bukit Gantang itu ke dalam PKR.

“PKR kini memiliki 51 ahli Parlimen dan semoga saf parti dirapatkan dalam menjulang presiden kita sebagai bakal perdana menteri ke-8 di masa depan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.