
Beliau memberitahu Nikkei Asian Review “perbincangan awal” telah diadakan.
Bagaimanapun kata beliau, jurang penyelesaian masih jauh.
“Kedua-dua tuntutan jenayah dan rundingan penyelesaian berjalan selari. Kedua-duanya tidak saling eksklusif.”
Putrajaya sedang berusaha mendapatkan ganti rugi sebanyak AS$3.3 bilion (RM13.2 bilion) daripada bank AS itu, menuduh ia telah membantu ahli perniagaan buruan Low Taek Jho dalam penyelewengan dana 1MDB.
Penyiasat berkata kira-kira AS$4.5 bilion (RM18 bilion) telah diseleweng dari 1MDB.
Pada bulan Dis lalu, Malaysia telah memfailkan tuduhan terhadap Goldman Sachs (Asia) LLC, Goldman Sachs International (UK) dan Goldman Sachs (Singapura), dan menuntut AS$2.7 bilion (RM10.8 bilion) dalam bentuk denda dan pulangan sebanyak AS$600,000 (RM2.4 bilion).
Thomas berkata rundingan dengan Goldman boleh diteruskan sehingga hari pertama perbicaraan, yang dijadualkan bermula 22 Okt ini.
“Kami boleh mencapai penyelesaian pada hari pertama perbicaraan. Banyak kes juga telah diselesaikan walaupun selepas perbicaraan bermula. Oleh itu, pintu perbincangan masih terbuka sementara pihak pendakwaan menyediakan kes jenayah.”