KPM nafi benar edaran buku komik di sekolah

KPM nafi benar edaran buku komik di sekolah

KPM ada menerima laporan berkait edaran buku komik bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' ke sekolah di seluruh Malaysia.

Kementerian Pendidikan berkata, ia akan bekerjasama dengan KDN mengani aspek keselamatan membabitkan buku komik berkenaan.
PUTRAJAYA:
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran dan kelulusan untuk pengedaran buku komik “Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama” kepada institusi pendidikan, termasuk sekolah.

Dalam kenyataan hari ini KPM berkata, pihaknya ada menerima laporan berkaitan edaran buku komik tersebut ke sekolah di seluruh Malaysia.

“Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran buku komik daripada mana-mana pihak atau pembekal,” jelas kenyataan itu.

KPM berkata, ia juga akan mengkaji dengan teliti isi kandungan buku tersebut melibatkan fakta dan orientasi penulisan.

“KPM juga akan bekerjasama untuk mendapatkan ulasan Kementerian Dalam Negeri mengenai aspek keselamatan yang melibatkan sensitiviti masyarakat dan hubungan luar negara,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.