IMF turun unjuran pertumbuhan global kepada 3%, kadar paling perlahan

IMF turun unjuran pertumbuhan global kepada 3%, kadar paling perlahan

Ketua Ekonomi IMF Gita Gopinath berkata "pertumbuhan terus lemah disebabkan halangan perdagangan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat."

Ketua Ekonomi IMF Gita Gopinath berkata pertumbuhan terus lemah disebabkan halangan perdagangan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat. (Gambar Reuters)
WASHINGTON:
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengurangkan unjuran pertumbuhan global 2019 kepada 3%, menurun 0.2 mata peratusan berbanding jangkaan pada Julai, lapor agensi berita Xinhua memetik laporan terkini Tinjauan Ekonomi Dunia (WEO).

Menyifatkan ia adalah kadar paling perlahan sejak krisis kewangan global, tulis Ketua Ekonomi IMF Gita Gopinath dalam blognya “pertumbuhan terus lemah disebabkan halangan perdagangan dan ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.”

“Pertumbuhan juga dihalang oleh faktor-faktor spesifik kepada negara-negara di pasaran baharu muncul dan struktur seperti pertumbuhan produktiviti yang rendah dan demografi yang semakin menua dalam ekonomi maju,” kata Gopinath.

Kemajuan ekonomi terus perlahan dalam jangka panjang, dengan pertumbuhan menurun kepada 1.7% tahun ini, berbanding 2.3% pada 2018.

Pertumbuhan pasaran baru muncul dan negara membangun juga telah disemak semula kepada 3.9% untuk 2019, berbanding 4.5% tahun lepas.

Laporan WEO pada Okt juga menyemak semula unjuran pertumbuhan global pada 2020 kepada 3.4%, turun 0.1 mata peratusan dari jangkaan yang dibuat pada Julai.

Sebelum ini, laporan WEO pada Julai menurunkan ramalan pertumbuhan untuk 2019 dan 2020, masing-masing turun 0.1 mata peratusan berbanding April.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.