Cacat penglihatan bukanlah sesuatu yang dipinta oleh sesiapa pun.

Namun jika sudah ditakdirkan buta maka haruslah redha dengan ketentuan tuhan.
Bagaimanapun kini banyak pihak yang cuba membantu golongan OKU ini supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa sebarang halangan.
Dan dengan kehadiran Google Maps yang dilancarkan sejak tahun 2005 bukan sahaja memudahkan perjalanan ramai orang untuk sampai ke destinasi dengan cepat dan selamat malah kini aplikasi tersebut boleh digunakan oleh orang yang mempunyai cacat penglihatan.

Google Maps kini dapat membantu orang yang cacat penglihatan untuk sampai ke destinasi yang dituju dengan lebih selamat.
Aplikasi tersebut yang dilengkapi dengan fungsi navigasi suara akan sentiasa mengingatkan mereka bahawa mereka berada di jalan yang betul, memberi amaran jika laluan dihadapan mereka sesak serta memberi arahan untuk membelok jika terdapat selekoh di hadapan mereka.
Menurut Google, fungsi ini telah tersedia di iOS dan juga Android namun setakat ini ia cuma tersedia dalam Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat dan Bahasa Jepun di Jepun sahaja.
Fungsi itu boleh diakses di bahagian tetapan Google Maps untuk mengaktifkannya.
Menurut Google sokongan untuk negara lain ketika ini sedang dalam pembangunan.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]