
Wanita sering berdepan situasi cemas dan ia menjadi lebih kelam kabut jika wanita itu tidak tahu apa yang patut dilakukannya.
Tambahan pula jika ia melibatkan tayar kereta pancit, pecah atau bocor.
Selalunya, kaum wanita akan call ayah, abang atau kawan lelaki untuk tolong.
Jangan gelabah, ini langkah untuk anda tukar tayar kereta dengan betul dan cepat.
Tayar pecah
Pertama sekali, jika tayar kereta anda pecah di tengah jalan, buka hazard light dan pandu perlahan-lahan ke bahu jalan.

Letakkan tanda segi tiga amaran sejauh 50 meter di belakang kereta anda.
Longgarkan skru
Seterusnya, longgarkan skru tayar menggunakan wheel brace.
Kemudian letakkan jack di bawah kereta berdekatan dengan tayar.

Pusingkan jack mengikut arah jam supaya kereta naik. Ketinggian pasti muat untuk tayar yang hendak diganti.
Keluarkan tayar
Buka kesemua skru dan keluarkan tayar yang telah pecah itu dan gantikan dengan tayar spare.
Untuk letakkan tayar spare memerlukan tenaga yang lebih kerana anda perlu seimbangkan tayar dan ketatkan skru pada tayar pada masa yang sama.
Ketatkan skru
Setelah meletakkan tayar dan ketatkan skru. Perlahan-lahan turunkan kereta menggunakan jack dan pergi ke kedai tayar berdekatan untuk gantikan tayar baru.

Jadi nampaknya proses tukar tayar tidaklah rumit sangat kan?
Lepas ni, kalau emergency, bolehlah cuba tukar sendiri.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]