Shah Rukh, Jackie Chan, Van Damme tersenyum lebar swafoto bersama

Shah Rukh, Jackie Chan, Van Damme tersenyum lebar swafoto bersama

Ketiga-tiga hero dari 3 negara sering melakukkan watak aksi dan gembira apabila dapat berkumpul dan berjumpa dalam satu forum.

Siapa tidak kenal dengan legenda Bollywood, Shah Rukh Khan yang sehingga kini masih terkenal dengan watak-watak romantisnya.

Baru-baru ini aktor tersebut menghadiri Forum Joy di Riyadh dan telah bertemu dengan Jackie Chan dan Jean-Claude Van Damme.

Shah Rukh kemudiannya berkongsi imej ketiga-tiga mereka “selfie” bersama ketika berada di Arab Saudi Ahad lalu yang kini tular di media sosial.

Ketiga-tiga aktor itu dilihat tersenyum lebar.

Foto itu dikongsi di akaun Instagram miliknya yang mempunyai lebih 18 juta pengikut.

“Khan, Damme, Chan di #JoyForum19. Kegembiraan menjadi milik saya apabila dapat bertemu dengan adiwira pujaan @jcvd @jackiechan @joyforumksa,” katanya dalam posting imej itu.

Sehingga kini, imej berkenaan menerima lebih 2 juta tanda “like”.

Jackie, 65, pelakon kelahiran Hong Kong berjaya menembusi industri perfileman Hollywood dan popular melalui filem-filem seperti seni bela diri serta unsur komedi seperti Rush Hour dan Shanghai Noon.

Van Damme, 59 merupakan pelakon daripada Belgium dan sering menjadi hero dalam filem aksi dan antara yang popular filem seperti Double Impact, Cyborg dan Nowhere to Run.

Shah Rukh, 54, yang pernah tampil menerusi filem bercorak aksi seperti Darr, Baazigar dan Don pernah dikurnia gelaran kehormat dalam taekwondo bagi tali pinggang hitam oleh Korea Selatan pada 2009.

Pada forum sama, Shah Rukh turut bertemu seorang lagi aktor Hollywood, iaitu pelakon Game of Thrones dan Aquaman, Jason Momoa

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.