Obama di Malaysia Dis ini, berucap pada program pemimpin Asia Pasifik

Obama di Malaysia Dis ini, berucap pada program pemimpin Asia Pasifik

Yayasan Obama berkata pertemuan berlangsung dari 10 hingga 14 Dis di Kuala Lumpur ini akan menghimpunkan 200 pemimpin yang semakin meningkat dari rantau Asia Pasifik.

Bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. (Gambar Bloomberg)
PETALING JAYA:
Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan berada di Malaysia Dis ini untuk mengambil bahagian dalam program pemimpin-pemimpin Asia Pasifik, pertemuan sulung anjuran Yayasan Obama.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Yayasan Obama berkata pertemuan itu berlangsung dari 10 hingga 14 Dis di Kuala Lumpur, akan menghimpunkan 200 pemimpin yang semakin meningkat dari rantau Asia Pasifik.

Katanya, pertemuan itu merupakan sebahagian daripada program setahun yang memfokus kepada kepimpinan beretika dan berasaskan nilai.

“Yayasan Obama mengumumkan bahawa Presiden (Obama) dan isterinya akan bercakap dalam pertemuan kali pertama Pemimpin-pemimpin: Asia Pasifik pada Dis,” kata kenyataan itu.

Obama pernah mengadakan lawatan ke Malaysia pada 2014 dan 2015.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.