Kementerian Kesihatan guna Rekod Perubatan Elektronik mulai pertengahan 2020

Kementerian Kesihatan guna Rekod Perubatan Elektronik mulai pertengahan 2020

Peruntukan RM31 juta diumumkan dalam Belanjawan 2020 untuk menaik taraf dan penyelenggaraan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi, termasuk projek perintis untuk rekod perubatan elektronik hospital.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata EMR juga membolehkan maklumat pesakit dikongsi dengan cepat dan mudah antara pelbagai pihak dalam sistem penjagaan kesihatan.
PETALING JAYA:
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata penggunaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) boleh bermula pertengahan tahun depan di hospital dan klinik awam.

Peruntukan RM31 juta diumumkan dalam Belanjawan 2020 untuk menaik taraf dan penyelenggaraan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi, termasuk projek perintis untuk rekod perubatan elektronik hospital.

“Kami ingin melihat satu sistem yang saling beroperasi,” katanya sambil menambah bahawa masa dan usaha manual untuk mengakses maklumat pesakit dapat dikurangkan melalui kecekapan sistem selain mesra alam.

EMR juga membolehkan maklumat pesakit dikongsi dengan cepat dan mudah antara pelbagai pihak dalam sistem penjagaan kesihatan.

“Sebagai contoh, rekod pesakit boleh dikongsi antara klinik dan hospital swasta, dan juga pengamal post-care seperti ahli fisioterapi, sesuatu yang melibatkan proses yang panjang dan rumit sebelum ini,” katanya, lapor Bernama.

Dzulkefly berkata ketepatan EMR dan kecerdasan buatan (AI) boleh memberi kesan secara besar-besaran kepada kecekapan hospital awam di Malaysia, dari penjadualan, konsultasi, diagnosis, dan ubat-ubatan, dan mengurangkan kesesakan di hospital awam.

“Ini seterusnya dapat menjadikan penjagaan kesihatan lebih murah atau boleh diakses, kerana diagnosis dan konsultasi susulan akan dibuat lebih cekap melalui penggunaan AI dan EMR dalam menjangka dan membuat perkiraan mengenai keperluan pesakit secara individu,” kata beliau.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.