Bayi 5 hari ditemui ditanam hidup-hidup di India

Bayi 5 hari ditemui ditanam hidup-hidup di India

Tindakan terbaru ini menunjukkan masih ada ibu bapa di India yang memberi keutamaan kepada anak-anak lelaki ketika negara itu berhadapan dengan senario bilangan gadis menurun dengan ketara.

Polis sedang mencari ibu bapa yang dipercaya menanam bayi berusia lima hari. (Gambar fail)
NEW DELHI:
Seorang bayi perempuan ditemui ditanam hidup-hidup di India, kes membunuh bayi perempuan, kata polis semalam.

Tindakan terbaru itu menunjukkan masih ada ibu bapa yang memberi keutamaan kepada anak-anak lelaki di negara di mana bilangan gadis telah menurun dengan ketara.

Satu pasangan, yang pergi ke tanah perkuburan untuk mengebumikan bayi baru mereka selepas dia meninggal dunia di hospital, mendapati seorang bayi ditanam beberapa meter ke dalam, kata seorang pegawai polis di kota Bareilly, Uttar Pradesh.

“Mereka menggali dan mereka mendengar tangisan bayi,” kata pegawai itu kepada Yayasan Thomson Reuters atas syarat tidak mahu namanya disiarkan kerana dia tidak dibenarkan bercakap dengan media.

“Mereka segera memanggil pengawal perkuburan, yang berkata dia ada nampak ibu bapa di sana tadi. Ia seolah-olah menjadi kes pembunuhan bayi perempuan,” katanya, sambil menambah, bayi itu berusia sekitar lima hari.
Bayi itu dibawa ke hospital berdekatan, di mana dia sedang pulih, katanya.

Polis sedang mencari ibu bapa bayi itu.

India berhadapan dengan situasi jumlah gadis semakin berkurang, menurut kajian kerajaan dikeluarkan Julai lalu, menunjukkan pengguguran janin perempuan secara terus-menerus berlaku walaupun ada larangan dan usaha kerajaan untuk menyelamatkan kanak-kanak perempuan.

Hanya pengamal perubatan berdaftar yang dibenarkan melakukan pengguguran.

Pada 2017, polis menemui hampir 20 janin dibuang ke dalam beg plastik di negeri barat Maharashtra.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.