Komponen motosikal yang paling penting adalah “Absorber” atau dikenali sebagai “Penyerap Hentak”.

Ia menyumbang kepada kestabilan terutama ketika melalui permukaan jalan beralaun atau tidak rata serta ketika mahu memotong.
Kebiasaannya usia absorber mampu bertahan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
Namun segalanya bergantung kepada cara anda menggunakan motorsikal serta kekerapan penyelenggaraan dijalankan.
Selain itu, jika menggunakan absorber yang masih elok, ia menjamin perjalanan anda dalam keadaan selamat.
Malah ia juga untuk mengelakkan kemalangan terjadi disebabkan kesilapan sendiri yang lupa untuk lakukan pemeriksaan ke atas motor.
Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh buat sendiri di rumah untuk check keadaan absorber sama masih elok atau lebih baik tukar baru.
1. Perhatikan gerakan damper

2. Absorber yang naik sepatutnya menganjal dengan perlahan
Ini menunjukkan nisbah dalam damper absorber masih dalam keadaan baik dan tiada symptom kebocoran.
3. Perhatikan Pengedap (Seal) Absorber depan
Jika terdapat lelehan atau tompokan minak, seal itu harus diganti dengan segera.


Semakin banyak lantunan, semakin besar kerosakan komponen tersebut.
Harus diingat, jika menunggang dengan absorber yang sudah rosak, ia boleh bagi kesan dekat jentera motor serta menyakitkan badan terutama bahagian belakang badan serta pinggang.
Sumber: maskulin.com.my
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]