
Pada satu perhimpunan di negeri Maharashtra di barat India, Modi berkata, kerajaan pimpinannya mengambil langkah perlu bagi mengekalkan keamanan di Jammu dan Kashmir yang merupakan satu-satunya negeri majoriti Islam di India.
Jammu dan Kashmir turut dituntut oleh Pakistan.
Selain penarikan balik peruntukan perlembagaan yang memberikan Jammu dan Kashmir autonomi lebih besar berbanding negeri lain di India pada 5 Ogos, kerajaan Modi mengerahkan tentera tambahan ke wilayah itu, selain mengenakan perintah berkurung bagi menghalang protes penduduk.
“Jammu Kashmir dan Ladakh bukan hanya sekeping tanah kepada kita,” kata Modi, merujuk kepada enklaf terpencil komuniti Buddha yang bersempadan dengan China.
New Delhi berkata, langkah pada Ogos itu penting bagi mengintegrasikan Kashmir sepenuhnya dengan India dan membawa pembangunan ke wilayah di pergunungan Himalaya itu.
Penduduk tempatan bagaimanapun menolak dan tidak berpuas hati terhadap keputusan itu.