Siapa kata kulit wanita Asia tidak cantik!

Siapa kata kulit wanita Asia tidak cantik!

Kecantikan bukan sahaja luaran malah dalaman dan asas juga perlu dititik beratkan demi mengekalkannya sehingga ke akhir usia.

Kecantikan seseorang itu berbeza mengikut persepsi masing-masing.

Tambahan pula jika seseorang itu menggunakan bahan semulajadi sebagai produk untuk kulit mukanya.

Dan bagi wanita Asia seharusnya memilih produk kecantikan yang dibuat di negara-negara Asia sahaja kerana sudah pasti ia sesuai dengan kulit.

Salah satu produk kecantikan yang semakin menjadi trending kini adalah dari negara Korea.

Selain daripada keghairahan rakyat Malaysia dengan artis K-Pop yang mempunyai wajah yang comel jadi tidak mustahil ada dalam kalangan masyarakat kita yang mahu mencuba produk kecantikan keluaran mereka.

Malah kini ia juga mudah didapati di semua pasaraya kerana produk tersebut dipasarkan secara meluas.

Dan ia termasuklah UMMA K-beauty Pop Up yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dijangka akan mampu memberi saingan hebat dalam industri tempatan.

Malah Ketua Pegawai Strategik Song Ji Hyun, yakin produk Korea akan mempunyai daya tarikannya tersendiri kerana Malaysia sudah dikenali sebagai negara yang mempunyai banyak peminat negara musim salju itu.

Beliau turut menerima maklum balas positif daripada orang ramai yang berkunjung di booth mereka.

Katanya mereka juga tidak sabar untuk mengadakan lebih banyak pameran di seluruh negara dan mengembangkan kehadiran mereka di Malaysia, China, Amerika Syarikat dan Asia Tenggara.

UMMA, sebuah platform B2B K-kecantikan, ditubuhkan pada tahun 2014 dan dilancarkan pada bulan Mei tahun ini.

Ia bekerjasama dengan Institut Pembangunan Industri Kesihatan Korea untuk berkongsi, menyebarkan dan meningkatkan kesedaran produk Korea di Malaysia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.