
Semasa melawat Wiranto malam tadi, ketua panglima tentera, Jeneral Andika Perkasa berkata, individu terbabit membuat kenyataan negatif mengenai keadaan Wiranto.
Individu telah dikenal pasti sebagai IPDN dan LZ. Wanita terbabit merupakan isteri dua anggota tentera yang memegang jawatan sebagai komandan dan sarjan di sebuah daerah tentera di Kendari, Sulawesi Tenggara.
“Individu ini membuat komen di media sosial, yang kami anggap telah melanggar Undang-undang Maklumat dan Urus Niaga Elektronik. Kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” kata Andika dipetik Jakarta Post.
Andika juga berkata anggota tentera terbabit akan digantung dari jawatan mereka kerana melanggar peraturan disiplin ketenteraan ditetapkan dalam undang-undang No. 25/2014.
“Kami juga akan mengenakan hukuman ketenteraan terhadap mereka (anggota tentera) dengan menahan mereka selama 14 hari,” katanya.
Kedua-dua pegawai itu telah digantung dari jawatan mereka.
Pada masa yang sama, Tentera Udara Indonesia melaporkan seorang wanita yang dikenal pasti sebagai FS kepada polis kerana membuat kenyataan negatif tentang Wiranto.
Dalam tulisan di Facebook, yang telah dipadam, dia percaya serangan itu dirancang untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu lain menjelang majlis pelantikan Presiden Joko “Jokowi” Widodo untuk penggal kedua.
“Saya berharap individu yang menyerang berada dalam keadaan baik dan selamat dari tindakan polis, dan orang yang ditikam, saya berdoa agar dia akan mati tidak lama lagi,” FS menulis di Facebook.
FS, yang suaminya dikenal pasti sebagai leftenan muda YNS dari pangkalan udara Muljono di Surabaya, Jawa Timur, akan digantung di bawah Undang-undang Maklumat dan Transaksi Elektronik. Tentera Udara itu juga akan digantung jawatan dan akan ditahan untuk siasatan lanjut kerana melanggar Undang-undang No. 25/2014 mengenai disiplin ketenteraan.
Dalm insiden berasingan, orang ramai juga melaporkan pengguna internet lain menyebarkan komen membenci mengenai keadaan Wiranto.
Beberapa individu seperti peminat Superman Is Dead Jerinx, personaliti media sosial Jonru Ginting dan anak perempuan pengasas Parti Amanat Nasional Amien Rais, Hanum Rais juga dilaporkan mengeluarkan kenyataan negatif mengenai Wiranto di media sosial masing-masing.
Wiranto cedera ditikam sejurus keluar dari keretanya untuk menghadiri satu majlis di Banten Khamis lalu.
Ahli politik berusia 72 tahun itu tiba di sebuah majlis di Alun-alun Menes, Kecamatan Pandeglang, untuk menghadiri satu lagi majlis bersama penduduk.
Sejurus keluar dari keretanya, seorang lelaki menyerang dan menikam perut Wiranto menggunakan gunting.
Polis Indonesia dalam satu kenyataan berkata, dua suspek yang dikenali sebagai Syahril Alamsyah, 31, dan Fitri Andriana Sunarto, 21, ditahan dalam kejadian itu.
Selain Wiranto, seorang anggota polis dan orang awam turut cedera terkena tikaman gunting lelaki itu.
Wiranto dikejarkan ke sebuah klinik di Pandeglang untuk rawatan awal, sebelum dipindahkan ke Rumah Sakit Umum Daerah Pandeglang untuk rawatan lanjut.