
Lim Guan Eng berkata negeri itu adalah penerima peruntukan kedua tertinggi.
“(Sarawak) kedua tertinggi (peruntukan bajet) dan Sabah nombor satu. Kalau kedua tertinggi pun tak puas hati, negeri lain pun tak puas hati.
“Kenapa tak puas hati lagi? Ini saya kurang faham,” katanya semasa sidang media di Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dr Sim Kui Hian yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji kepada rakyat Sarawak, menggambarkan Belanjawan 2020 sebagai “berpusatkan Malaya”.
Beliau berkata Sabah dan Sarawak hanya menerima 17.1% daripada jumlah peruntukan RM56 bilion untuk pembangunan.
Katanya, rakyat Sarawak hanya mahukan peruntukan yang adil supaya mereka juga dapat menikmati perkhidmatan dan kemudahan yang lebih baik, dari segi kemudahan perubatan, sekolah dan jalan raya.