
TEHRAN: Satu letupan menggegarkan sebuah kapal tangki minyak Iran, Sanitized, di Laut Merah pada pagi Jumaat, lapor agensi berita Rusia, Sputnik memetik media tempatan.
Agensi berita ISNA yang memetik kenyataan sumber berkata, letupan itu berlaku di kapal tangki minyak milik Syarikat Minyak Negara Iran dan mencetuskan kebakaran di sekitar kawasan kira-kira 60 batu dari bandar pelabuhan Arab Saudi, iaitu Jeddah.
Letupan itu turut menyebabkan tumpahan minyak berlaku dan pakar berusaha mencari punca letupan itu.
Bagaimanapun, tiada petugas yang cedera.