Bajet 2020: Najib ramal lebih banyak ‘goodies’ oleh PH terdesak

Bajet 2020: Najib ramal lebih banyak ‘goodies’ oleh PH terdesak

Bekas menteri kewangan itu meramalkan Bajet 2020 akan lari daripada sasaran defisit 3 peratus.

Bekas perdana menteri dan menteri kewangan, Najib Razak
PETALING JAYA:
Najib Razak menjangkakan Bajet 2020 akan melepasi sasaran defisit tiga peratus kerana kerajaan Pakatan Harapan terdesak mendapat sokongan dengan mengumumkan satu siri “goodies”.

Bekas perdana menteri itu berkata, defisit negara konsisten setiap tahun di bawah pentadbirannya, tetapi ia meningkat sejak pertukaran kerajaan.

“Saya ramal Bajet 2020 ini akan lari dari sasaran defisit tiga peratus yang diberi oleh kerajaan PH tahun lepas, mungkin defisitnya akan antara 3.2 hingga 3.4 peratus,” tulis bekas menteri kewangan sambil menambah, ia disebabkan tindakan kerajaan cuba mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Bajet 2020 akan dibentangkan kira-kira 4 petang ini oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Ini adalah bajet kedua yang disediakan kerajaan PH.

Najib menjangkakan Putrajaya akan mengumumkan lebih banyak bantuan kepada rakyat walaupun penarafan kredit negara merosot.

Tetapi, katanya, penjualan satu siri aset dan “menjarah Petronas” oleh kerajaan bermakna hasil pendapatan tidak dapat menampung perbelanjaan negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.